mcmc
Pelancongan & Tempat BersejarahRekreasi & Pelancongan

𝐌𝐔𝐙𝐈𝐔𝐌 𝐀𝐆𝐎𝐏 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐓𝐔𝐋𝐔𝐆

Gua batu kapur Agop Batu Tulug, di Kinabatangan yang mencecah ketinggian 39 meter, bukan sekadar tapak sejarah yang menyimpan keranda kayu balak purba, malah turut menjadi antara produk pelancongan di daerah ini.

Menurut masyarakat setempat, gua Agop Batu Tulug yang terletak 35 kilometer dari pekan daerah Kinabatangan, dianggap sebagai tempat perlindungan terakhir komuniti etnik Orang Sungai terdahulu yang dipercayai mendiami kawasan tebing Sungai Kinabatangan sejak sekian lama dan kini dijadikan sebagai muzium sejarah.

Keunikan muzium berkenaan bersandarkan penemuan lebih 125 keranda yang diperbuat daripada kayu belian yang tersusun rapi di tiga gua utama, iaitu Agop Sawat (Gua Atas), Agop Litanga (Gua Tengah) dan Agop Suriba (Gua Bawah).

Laluan masuk menuju Gua batu tulug