mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN CELIK IT (SITI NORSYAWANI) – Q1 2019

Nama : Siti Nusyawani binti Haris
Umur : 18 tahun
Ahli : 2015

Latar belakang

Cik Siti Nursyawanu merupakan belia Kg Batu Putih. Selepas menghabiskan SPM, beliau kini sedang menunggu keputusan SPM. Sementara menunggu keputusan SPM beliau mengambil inisiatif dengan datang belajar ICT ke Pusat Internet Kg Batu Putih bagi menambahkan lagi ilmu berkaitan komputer. Selain itu beliau turut mempelajari ilmu keusahawanan daripada petugas-petugas Pusat Internet Kg batu Putih.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti mengikuti mana-mana kelas ICT di Pusat Internet Kg Batu Putih Kinabatangan, beliau tidak tahu menggunakan komputer, selain itu belaiu juga tidak mengenal beberapa komponen komputer. Beliau turut tidak tahu bagaimana untuk mengakses maklumat daripada internet. Selain daripada itu, beliau turut tidak tahu bagaimana untuk membuat resume untuk memohon pekerjaan sementara menunggu keputusan SPM beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mengambil langkah berani dengan datang sendiri ke Pusat Internet Kg Batu Putih dengan mengukuti kelas ICT yang diadakan oleh petugas. Beliau telah mengikuti kelas basic ICT iaitu kelas Microsoft Word, Excel dan Powerpoint. Selepas mengikuti kelas tersebut kini beliau tahu menggunakan komputer disamping itu beliau kini dapat menyiapkan resume sendiri untuk memohon pekerjaan. Selain itu kini beliau turut mahir menggunakan komputer untuk mencari maklumat dan mengenal komponen komputer dengan baik.