KISAH KEJAYAAN USAHAWAN PERNIAGAAN MAKANAN BASAH IKAN DAN DAGING
| Nama | : Jimsai bin Jafar @ Wang Fong |
| Umur | : 41 tahun |
| Ahli | : 2018 |
Latar belakang
En. Jimsai bertugas di KOPEL Kinabatangan. Beliau menjalankan bisnes menjual makanan basah sepertu ikan sungai yang dijadikan jeruk lebih dikenali Tinamba dan daging rusa. Selain bertugas di KOPEL beliau banyak menghabiskan masanya berniaga pada hujung minggu bagi menambah lagi pendapatan keluarga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar 100-200 sahaja sebulan. Jumlah pendaptan beliau hanya bergantung kepada permintaan kawasan setempat dan melalui rakan kenalan dan pelancong yang berkunjung.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menyertai pelbagai kelas dan program keusahawan yang dijalankan di Pusat Internet Kg Batu Putih, kini pendapatan beliau boleh mencapai RM300 – RM400 sebulan. Beliau aktif menyertai aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Kg Bayu Putih bagi menambahkan lagi ilmu ICT dan keusahawanan beliau. Dengan mengikuti kelas yang diadakan di Pusat Internet Kg Batu Putih kini beliau sudah mahir dalam memasarkan produk jual beli melalui internet iaitu melalui aplikasi facebook, Whatsapp dan aplikasi dashboard (My Shop) komuniti. Kini beliau bukan sahaja menjual di kawasan sekitar kediaman dan sekolah tetapi turut juga menjalankan jualan secara atas talian


