mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN KECIL (CIK ERNI) – Q4 2019

erni1

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN KECIL MAKANAN – ROTI, NASI KUNING DAN PRODUK KESIHATAN

Nama : ERNI BINTI SARIF
Umur : 20 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

Cik Erni merupakan belia kg paris, beiau hanya bersekolah sehingga tingkatan tiga akibat daripada masalah ekonomi keluarga. Selepas berhenti sekolah beliau bekerja di kedai runcit kawasan kediaman beliau. Bermula dari situ beliau mula berjinak-jinak dengan menjadj agen dropship kepada pelbagai produk. Akibat daripada kurang mahir penggunaan komputer ini membataskan pergerakan beliau dalam membuat promosi di alam maya. Beliau mengambil langkah bijak dengan datang ke pusat internet untuk belajar komputer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 –Rm150 sahaja sebulan. Jumlah pendapatan beliau hanya bergantung kepada pembelian sekitar kawasan kediaman beliau dan rakan-rakan terdekat sahaja. Ini membuatkan beliau mula memikirkan cara pemasaran yang lebih berkesan untuk meningkatkan jumlah jualan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai pelbagai kelas dan program keusahawanan yang di jalankan di PI kg batu putih kini pendapatan beliau dalam boleh mencapai Rm300 – Rm400 Sebulan. Beliau aktif menyertai aktiviti yang dijalankan di pusat internet kg batu putih bagi menambahkan lagi ilmu ict dan keusahawanan belau. Dengan mengikuti kelas yang diadakan di Pi kg batu putih kini beliau sudah mahir dalam memasarkan produk beliau melalui internet iaitu melalui Facebook, applikasi Whatsapp dan yang terbaharu melalui dashboard komuniti. Kini beliau bukan sahaja menjual dikawasan sekitar kediaman dan sekolah tetapi turut menjalankan jualan secara atas talian melalui, whatapps, facebook dan dashboard komuniti iaitu my shop.

erni1 erni2 erni3

erni5 Erni6 erni4