mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN KECIL (PN. NOORAZIAH) – Q1 2020

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN KECIL – PRODUK MAKANAN

Nama : Noraziah binti Ahmad
Umur : 35 tahun
Ahli : 2015

Latar belakang

Puan Nooraziah merupakan suri rumah sepenuh masa.Selepas berkahwin beliau tidak lagi berkerja. Beliau hanya menjual produk makanan basah sebagai pendapatan sampingan ketika menunggu anaknya yang sedang bersekolah. Beliau rajin membuat iklan untuk mempromisikan produk jualan beliau

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 –Rm250 sahaja sebulan. Jumlah pendapatan beliau hanya bergantung kepada permintaan komuniti sekitar kejiranan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai pelbagai kelas dan program keusahawanan yang di jalankan di PI kg batu putih kini pendapatan beliau dalam boleh mencapai Rm300 – Rm400 Sebulan. Beliau aktif menyertai aktiviti yang dijalankan di pusat internet kg batu putih bagi menambahkan lagi ilmu ict dan keusahawanan belau. Dengan mengikuti kelas yang diadakan di Pi kg batu putih kini beliau sudah mahir dalam memasarkan produk beliau melalui internet iaitu melalui Facebook, applikasi Whatsapp dan yang terbaharu melalui dashboard komuniti. Kini beliau bukan sahaja menjual dikawasan sekitar kediaman dan sekolah tetapi turut menjalankan jualan secara atas talian melalui, whatapps, facebook dan dashboard komuniti iaitu my shop.