KISAH KEJAYAAN CELIK IT – NURFAZIDAH ASMAT
| Nama | : NURFAZIDAH ASMAT |
| Umur | : 32 tahun |
| Ahli | : 2020 |
Latar belakang
Puan Nurfazidah merupakan belia kg batu putih. Selepas berkahwin beliau kini mengikuti suami beliau yang kini bertugas disalah sebuah estet berdekatan kg batu putih. Sementara menunggu panggilan kerja beliau telah mengambil insiatif dengan datang ke pusat internet kg batu putih untuk mengikut kelas komputer. Beliau bertekad unutk menambah ilmu pengetahuan berkaitan ICT dalam mencari peluang pekerjaan yang lebih bai. Selain itu beliau turut mempelajari ilmu keusahwanan daripada petugas pusat internet kg batu putih
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti mana-mana kelas ICT di Pusat Internet Kg Batu Putih Kinabatangan, Saya tidak pernah tahu mengenai dunia teknologi, saya juga tidak tahu menggunakan computer dan perisian.beliau tidak berapa mahir dalam penggunaan computer dan website sehinggakan beliau susah untuk melakukan kerja-kerja berkaitan komputer
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah kewujudan PI Kg Batu Putih saya mengikut beberpa bengkel dan latihan seperti kelas Desktop Publishing (Microsoft Office) dan jugakelas keusahwanan, pengetahuan ICT saya semakin baik, saya sudah tahu menggunakan computer dan juga melayari internet. Latihan ICT yang diberikan adalah bersesuaian terhadap semua peringkat umur dan sangat bermanfaat.


