
Kuih penyaram merupakan salah satu kuih tradisi orang sungai yang sangat popular di Kinabatangan. Apabila tibanya musim kenduri kendara, kuih penyaram tidak akan ketinggalan menjadi diantara salah satu kuih yang wajib ada pada majlis tersebut. Kuih penyaram di Kinabatangan berbeza dengan kuih penyaram daerah lain kerana kuih penyaram Kinabatangan mempunyai ramuan yang tersendiri.