mcmc
Laporan Aktiviti

HARI BERSAMA KOMUNITI

HARI BERSAMA KOMUNITI PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG BATU PUTIH

DATE : 24 AUGUST 2016

VENUE : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG BATU PUTIH

TIME : 8.00AM – 5.00PM

 

Hari Bersama Komuniti telah berlangsung pada 24/08/2016. Tujuan program ini dijalankan untuk menjadi tapak permulaan hebaan kepada penduduk setempat akan kewujudan Pusat Internet 1Malaysia yang telah beroperasi selama setahun di Kg Batu Putih. Selain daripada itu program ini juga berlangsung dengan pelbagai aktiviti riadah yang santai dan berkaitan ICT.

Beberapa program lain seperti Paint – Pertandingan melukis kategori pelajar sekolah rendah tema Merdeka (20/08/2016), Bengkel Blog Usahawan & Pertandingan blog terbaik (22/08/2016), Bengkel penyuntingan gambar menggunakan software & Pertandingan Gambar Kreatif tema merdeka (21/08/2016) dan Juga Bengkel Penyuntingan Video & Pertandingan Video Terbaik tema merdeka (21/08/2016) telah diadakan lebih awal daripada tarikh kemuncak Hari Bersama Komuniti PI1M Kg Batu Putih. Perlaksaan aktiviti utama adalah, taklimat dashboard, Pertandingan ICT dan Aktiviti rakyat serta Perasmian Hari Bersama Komuniti PI1M Kg Batu Putih 2016

Berikut antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program kemuncak berlangsung pada 24/08/2016 :

1) Taklimat KDB & Kuiz ICT

2) Taklimat KDB & Mewarna (Kanak-kanak) Tabika Kemas

3) Taklimat KDB & Makeover bersama Avon Kosmetik

4) Taklimat KDB & I-Health (Dashboard)

5) Taklimat KDB & Pertandingan Menganyam Ketupat

 

Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet 1Malaysia Kg Batu Putih ini telah dirasmikan oleh :

En. Amiruddin Awang Damit

PPM, UPPM 48 Sukau

Turut hadir bersama :

1) Pn Lydrianna Koh, Penolong Pengarah SKMM, Cawangan Sandakan.

2) EN. Mohd Shakirin Ismail, Penolong Pengurus USP Community Program Telekom Malaysia

3) En. Madirin Janin, ADO Pejabat Daerah Kinabatangan

Penglibatang lain turut hadir :

En. Sabran bin Adari, PJKKK Kg Batu Putih

En. Hj Jukarna Jakaria, WKAN Mukim Batu Putih

En. Ardin bin Suradi, WKAN Mukim Paris

 

Ketika program berlangsung seramai 80 orang telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet 1Malaysia Kg Batu Putih dan seramai 213 orang pengunjung yang hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut.

 

Berikut merupakan gambar sekitar program berlangsung