mcmc
Laporan Aktiviti

Gotong Royong Perdana Komuniti Kg Batu Putih

Tarikh :05 January 2019
Masa :6.06 pagi – 12.00 petang
Lokasi :Sekolah, Masjid, Klinik dan PI Kg Batu Putih
Peserta :60 orang 
Tujuan 
Gotong Royong Perdana ini di adakan bagi menggalakkan komuniti setempat supaya  mengamalkan tabiat hidup bekerjasama ataupun bergotong-royong dalam menyelesaikan pekerjaan mahupun masalah dengan sukarela kerana gotong-royong merupakan amalan dan tradisi masyarakat Malaysia sejak turun temurun lagi.
Aktiviti 

Gotong royong di mulakan di kawasan sekolah, kemudian masjid kampung, kawasan Klinik Kesihatan Kg Batu Putih dan seterusnya Pusat Internet Kg Batu Putih. Gotong royong ini adalah anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg Batu Putih bersama beberapa agensi yang turut menjayakan aktiviti ini dengan jayanya antaranya:

1) PIBG Kg Batu Putih

2) Pusat Internet Kg Batu Putih

3) KOPEL

4) Belia Kg Batu Putih

5) KEMAS

6) KOSPEN

7) Klinik Kesihatan Kg Batu Putih

dan beberapa lagi agensi persatuan yang terlibat.

Gambar disini