Klinik Desa Kampung Batu Putih
Klinik Desa Kampung Batu Putih merupakan sebuah Klinik Kesihatan Malaysia yang telah sekian lama beroperasi untuk Mukim Batu Putih dan Mukim Paris. Ianya merupakan satu-satunya klinik kesihatan yang terdapat di dua mukim ini sebelum tertubuhnya Klinik 1Malaysia di Kampung Paris III. Klinik Desa Kampung Batu Putih terletak di seberang jalan Sekolah Kebangsaan Batu Putih dan Juga berhampiran dengan bangunan Pusat Internet 1Malaysia Kg Batu Putih.