Nama | : MOHD ARIF BIN ALIAMAT |
Umur | : 31 tahun |
Ahli | : 2017
|
Latar belakang
Encik Arif merupakn ayah kepada 1 orang anak, beliau bekerja sebagai polis bantuan , beliau juga menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan berjualan tudung dan bouquet hari jadi. Berbekalkan pengalaman setelah menjadi ahli pusat internet komuniti Kg Batu Putih sejak 2010 lagi beliau sering melakukan jualan secara live di laman social seperti whatsapp dan facebook, beliau juga sering ke pusat internet untuk menambahkan lagi pengetahuan ICT beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM150 – RM450 sahaja sebulan. Jumlah produk/ dan tempahan pelanggan bulanan adalah bergantung kepada permintaan sekitar kawasan kediaman beliau dan rakan-rakan dari kawasan lain
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau telah mengikuti beberapa sesi taklimat keusahawan oleh Pusat Internet Kg Batu Putih dan kini beliau mula menjual produknya secara online menggunakan facebook dan whatsapp & Instagram. Kini beliau kini lebih mudah untuk memasarkan produk beliau hanya di hujung jari.berbekalkan ilmu keusahawanan yang dipelajari kini pendapatan beliau meningkat hamper 50% daripada sebelumnya.