mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN CELIK ICT Q3 2018

DSCN0313
Nama : AMIN KHAN BIN BAHRAMAN
Umur : 15 tahun
Ahli : 2015

Latar belakang

Adik Amin merupakan belia Kg Batu Putih. Beliau merupakan pelajar tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Garam. Beliau juga merupakan seorang pengguna yang aktif mengunjungi Pusat Internet Kg Batu Putih, tetapi beliau kurang mahir dalam penggunaan komputer dan melayari internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti mana-mana kelas ICT di Pusat Internet Kg Batu Putih Kinabatangan, beliau hanya mahir menggunakan youtube apabila berkunjung ke Pusat Internet Kg Batu Putih. Lain-lain penggunaan beliau tidak mahir termasuklah penggunaan Microsoft Office, ini menyukarkan beliau dalam membuat kerja kursus sekolahnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah kewujudan Pusat Internet Kg Batu Putih, beliau telah mengikuti pelbagai aktiviti antaranya kelas Microsoft Office, penggunaan paint dan pelbagai aktiviti yang telah dijalankan di Pusat Internet. Sejak mengikuti pelbagai program dan aktiviti di Pusat Internet beliau semakin tahu menggunakan komputer dan juga melayari internet. Latihan ICT telah di berikan dan sangat bersesuaian dan sangat bermanfaat. Selain itu beliau turut belajar serba sedikit tentang applikasi dashboard dimana ianya membantu belaiu dalam membuat hebaan kepada komuniti setempat melalui aplikasi MY Komuniti.

DSCN0313 DSCN0322 DSCN3178 DSCN3199