mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN CELIK IT -Q4 2018

Nama : Siti Nurzahirah binti Yuslin
Umur : 18 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Cik Siti Nur Zahirah binti Yuslin merupakan belia Kg Paris. Selepas menghabiskan SPM sementara menunggu panggilan IPT, beliau mengambil inisiatif untuk datang ke Pusat Internet Kg Batu Putih untuk menambahkan lagi ilmu mengenai ICT terutam penggunaan komputer, Selain itu beliau turut mempelajari ilmu keusahawan daripada Pusat Internet Kg Batu Putih.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti mengikuti mana-mana kelas ICT di Pusat Internet Kg Batu Putih Kinabatangan, beliau tidak tahu menggunakan komputer, selain itu belaiu juga tidak mengenal beberapa komponen komputer. Beliau turut tidak tahu bagaimana untuk mengakses maklumat daripada internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah kewujudan Pusat Internet Kg Batu Putih, beliau telah mengikuti pelbagai aktiviti antaranya, kelas microsoft office, membuat email, pencarian maklumat daripada internet malah beliau turut mempelajari bagaimana untuk membuat resume dan menggunakan email. Dengan adanya asas ilmu ICT begini beliau semakin mahir dalam menggunakan teknologi berkaitan komputer dan internert dan ini akan membuatkan beliau lebih bersedia untuk melangkah ke alam IPT seperti yang beliau impikan, dimana ketika di IPT kelak kemahiran ICT sangat diperlukan untuk memudahkan pembelajaran dan tugasan harian.