KISAH KEJAYAAN CELIK IT – ROSDAH HJ JUKRANA
| Nama | : Rosdah binti Hj Jukrana |
| Umur | : 53 tahun |
| Ahli | : 2016 |
Latar belakang
Puan Rosdah merupakan suri rumah sepenuh masa dan pada masa yang sama di waktu kelapangan beliau akan membantu suaminya untuk menguruskan perniagaan secara kecil-kecilan. Suaminya bekerja sepenuh masa dan dalam masa yang sama membuka sebuah perniagaan secara kecil-kecilan. Puan Rosdah selalunya akan mengambil alih tugasan mengurus pernigaan ini apabila anak-anak sudah ke sekilah. Memandangkan perniagaan mereka ini memerlukan kemahiran IT, Puan Rosdah bertekad untuk datang ke Pusat Internet Kg Batu Putih untuk memperolehi kemahiran ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti mana-mana kelas ICT di Pusat Internet Kinabatangan, beliau tidak tahu menggunakan komputer serta tidak berapa mahir tentang penggunaan komputer selain itu, beliau juga tidak mengenal beberapa kompenan komputer serta fungsinya. Beliau turut tidak tahu bagaimana untuk mengakses maklumat daripada internet untuk dijadikan bahan rujukan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mengambil langkah berani dengan datang sendiri ke pusat internet Kg Batu Putih dengan mengikuti kelas ICT yang diadakan oleh petugas. Beliau kini mahir menggunakan computer. Beliau juga suda mahir menggunakan perisian microsft office seperti Ms. Word, excel dan powerpoint.



