KISAH KEJAYAAN CELIK IT – ROSHANIMAH ABD HAMID
| Nama | : Roshanimah binti Abd Hamid |
| Umur | : 24 tahun |
| Ahli | : 2009 |
Latar belakang
Cik Siti Roshanimah merupakan belia Kg Paris 1. Selepas menghabiskan pelajaran, beliau kini hanya bekerja sambilan di kampung membantu keluarga. Sementara menunggu panggilan kerja beliau telah mengambil inisiatif dengan datang ke Pusat Internet Kg Batu Putih untuk mengikut kelas komputer. Beliau bertekad untuk menambah ilmu pengetahuan berkaitan ICT dan mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Selain itu beliau turut mempelajari ilmu keusahawanan daripada petugas pusat internet Kg Batu Putih.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti mengikuti mana-mana kelas ICT di Pusat Internet Kg Batu Putih Kinabatangan, beliau tidak tahu menggunakan komputer, selain itu belaiu juga tidak mengenal beberapa komponen komputer. Beliau turut tidak tahu bagaimana untuk mengakses maklumat daripada internet. Selain daripada itu, beliau turut tidak tahu bagaimana untuk membuat resume untuk memohon pekerjaan yang lebih baik.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mengambil langkah berani dengan datang sendiri ke Pusat Internet Kg Batu Putih dengan mengukuti kelas ICT yang diadakan oleh petugas. Beliau telah mengikuti kelas basic ICT iaitu kelas Microsoft Word, Excel dan Powerpoint. Selepas mengikuti kelas tersebut kini beliau tahu menggunakan komputer disamping itu beliau kini dapat menyiapkan resume sendiri untuk memohon pekerjaan. Selain itu kini beliau turut mahir menggunakan komputer untuk mencari maklumat dan mengenal komponen komputer dengan baik.