KISAH KEJAYAAN CELIK IT – YAHYA JAFAR
Nama | : YAHYA JAFAR |
Umur | : 55 tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Encik yahya merupakan penduduk kg batu putih, beliau mengerjakan kebun sawit beliau dalam menambahkan pendapatan keluarga. Sementara menunggu panggilan kerja beliau telah mengambil insiatif dengan datang ke pusat internet kg batu putih untuk mengikut kelas komputer. Beliau bertekad unutk menambah ilmu pengetahuan berkaitan ICT dalam menambahkan produktiviti kebun sawit beliau. Selain itu beliau turut mempelajari ilmu keusahwanan daripada petugas pusat internet kg batu putih.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum mengikuti mana-mana kelas ICT di Pusat Internet Kg Batu Putih Kinabatangan, Saya tidak pernah tahu mengenai dunia teknologi, saya juga tidak tahu menggunakan computer dan perisian.beliau tidak berapa mahir dalam penggunaan computer dan website sehinggakan susah untuk melakukan kerja-kerja berkaitan komputer
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Setelah kewujudan PI Kg Batu Putih saya mengikut beberapa bengkel dan latihan seperti kelas Desktop Publishing (Microsoft Office) dan juga kelas keusahwanan, pengetahuan ICT saya semakin baik, saya sudah tahu menggunakan computer dan juga melayari internet. Latihan ICT yang diberikan adalah bersesuaian terhadap semua peringkat umur dan sangat bermanfaat.