USAHAWAN KECIL KRAFTANGAN
| Nama | : Hamidah Julia Tahir |
| Umur | : 41 tahun |
| Ahli | : 2013 |
Latar belakang
Puan Hamidah Julia Tahir merupkan seorang suri rumah sepenuh masa yang bergelar usahawan kraftangan berasaskan manik secara kecil-kecilan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Memulakan perniagaan dengan modal yang kecil RM100 dan pendapatan bulanan beliau hanyalah sekiar RM100-RM150 sebulan bergantung kepada permintaan komuniti setempat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas mengikuti beberapa kursus yang dia anjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg Batu Putih, kini beliau mula menjual produknya menggunakan media sosial seperti facebook dan aplikasi Whatsapp. Kini beliau menerima banyak tempahan tidak hanya komuniti setempat tetapi juga dari kawasan lain. Kini beliau mahir dalam pemasaran produk secara atas talian dan pendapatan beliau mula bertambah dan mencecah lebih kurang RM500 sebulan.


