USAHAWAN KECIL KRAFTANGAN
| Nama | : Safarina Binti Rasit |
| Umur | : 21 tahun |
| Ahli | : 2015 |
Latar belakang
Merupakan Belia kg batu putih. selepas menamatkan pelajaran peringkat SPM, beliau hanya duduk di kampung kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. oleh itu beliau telah mengikuti kursus pembuatan kraf tangandaripada KEMAS. dengan kemahiranyang dimiliki oleh beliau, beliau mula membuat dan menerima tempahan daripada komuniti setempat dalam menambah pendapatan keluarga beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Memulakan perniagaan dengan modal yang kecil RM100 dan pendapatan bulanan beliau hanyalah sekiar RM100-RM150 sebulan bergantung kepada permintaan komuniti setempat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti beberapa kursus yang dia anjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg Batu Putih, kini beliau mula menjual produknya menggunakan media sosial seperti facebook dan aplikasi Whatsapp. Kini beliau menerima banyak tempahan tidak hanya komuniti setempat tetapi juga dari kawasan lain. Kini beliau mahir dalam pemasaran produk secara atas talian dan pendapatan beliau mula bertambah dan mencecah lebih kurang RM500 sebulan.