mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN KECIL (DAYANG) – Q1 2019

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN PERNIAGAAN MAKANAN DAYANG SARAHWATY ABD GHANI

Nama : Dayang Sarahwati Abdul Ghani
Umur : 24 tahun
Ahli : 2012

Latar belakang

Puan Dayang Sarahwati merupakan surirumah sepenuh masa. Beliau mempunyai 2 orang anak. Kini beliau mengusahakan perusahaan makanan seperti burger, kek box dan minuman dimana premis beliau hanya terletak berhampiran rumah beliau. Beliau turut dibantu keluarga dan suami dalam mengusahakan perniagaan kecil-kecilan tersebut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatn beliau hanya sekitar RM300-RM400 sahaja sebulan. Jumlah pendapatan bergantung kepada permintaan kawasan setempat dan kenderaan yang lalu lalang di kawasan premis.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai pelbagai kelas dan program yang dijalankan di Pusat Internet Kg Batu Putih, kini pendapatan beliau boleh mencapai RM400-RM1000 sebulan dan ianya cukup membanggakan. Dengan mengikuti kelas yang diadakan di Pusat Internet Kg Batu Putih beliau sudah mahir memasarkan perniagaan makanan beliau. Beliau juga mempelbagaikan resepi burger dan minuman beliau.  Produk makanan yang diiklankan di facebook, kumpulan-kumpulan whatsapp dan aplikasi dashboard mendapat sambutan yang memberangsangkan. Jualan beliau kini menjadi tumpuan sehingga ke beberapa kawasan estet perladangan yang kebetulan mempunyai jalan searah dengan kawasan premis beliau. Tempahan beliau sangat memberangsangkan dan biasanya roti untuk burger beliau yang dibekalkan dan disediakan akan habis pada hari yang sama beliau berjualan.