KISAH KEJAYAAN USAHAWAN KECIL MAKANAN BASAH
| Nama | : Mazuin binti Musa |
| Umur | : 37 tahun |
| Ahli | : 2013 |
Latar belakang
Puan Mazuin merupakan seorang suri rumah sepenuh dan juga belia Kg Batu Putih. Beliau aktif dalam aktiviti bola tampar. Untuk menambahkan pendapatan keluarga, beliau menjalankan perniagaan makanan secara kecil-kecilan sekitar kediaman beliau. Pelanggan utama merupakan penduduk setempat, pelajar sekolah SK Batu Putih dan juga kakitangan kelinik kesihatan Kg Batu Putih.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti pembelajaran di Pusat Internet,pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200-RM300 sahaja sebulan. Jumlah pendapatan beliau hanya bergantung kepada tempahan sekitar kawasan kampung dan sekolah sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menyertai pelbagai kelas dan program yang di jalankan di Pusat Internet Kg Batu Putih, kini pendapatan beliau boleh mencapai RM300-RM500 sebulan. Dengan ilmu yang diperolehi semasa mengikuti kursus anjuran Pusat Internet Kg Batu Putih kini jualan makanan beliau tidak hanya tertumpu di sekitar Kg Batu Putih sahaja, malah beliau juga suda mula menerima tempahan dari kampung yang berdekatan. Beliau kini menggunakan sepenuhnya media social seperti facebook dan aplikasi whatsaap untuk mengiklankan produk makananya dan terbaru beliau menggunakan aplikasi Dashbord – My Shop bagi mempromosikan produk makanan basahnya. Setakat ini beliau menyediakan perkhidmatan Cash On Delivery kepada pelanggan beliau tapi tertumpu hanya sekitar kawasan berdekatan sahaja kerana beliau tidak mempunyai kenderaan sendiri dan hanya bergantung kepada suami untuk menghantar.




