mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN KECIL (NURUL ATIKAH) – Q1 2019

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN KECIL KRAFTANGAN NURUL ATIKAH

Nama : Nurul Atikah binti Puteh
Umur : 23 tahun
Ahli : 2011

Latar belakang

Cik Nurul Atikah merupakan seorang belia Kg Paris, beliau kini banyak menghabiskan masa membuat kraftangan dengan dalam menambah pendapatan keluarga di samping membuat kraftangan merupakan hobi beliau. Selepas menghabiskan SPM beliau menyambung pelajaran ke IPTA dalam masa yang sama beliau membantu keluarga mengusahakan perniagaan kraftangan disamping menjadi agent dropship perniagaan online

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti pembelajaran di Pusat Internet,pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200-RM300 sahaja sebulan. Jumlah pendapatan beliau hanya bergantung kepada tempahan sekitar kawasan kampung dan sekolah sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai pelbagai kelas dan program yang dijalankan di Pusat Internet Kg Batu Putih, kini pendapatan beliau boleh mencapai RM300-RM400 sebulan. Dengan mengikuti kelas yang diadakan di Pusat Internet Kg Batu Putih beliau sudah mahir memasarkan produk kraftangan beliau. Kini beliau bukan sahaja menjual kraftangan dikawasan sekitar kampus dan kediaman beliau, tetapi turut menjalankan jualan atas talian melalui whatsapp, facebook dan dashboard komuniti My Shop.