KISAH KEJAYAAN USAHAWAN KECIL – PRODUK MAKANAN
Nama | : SITI ASQAH BINTI MOHAMMAD |
Umur | : 28 tahun |
Ahli | : 2011 |
Latar belakang
Puan asqah merupakan suri rumah sepenuh masa.Selepas berkahwin beliau tidak lagi berkerja. Beliau hanya menjual pelbagai produk makanan secara atasa talian disamping mempunyai gerai kecil berdekatan rumah beliau. Beliau menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk membantu keluarga dalam mencari pendapatan sampingan. Akibat kekurangan ilmu ICT perniagaan secara atas talian bergerak secara lambat kerana beliau kurang mahir bagaimana unutk memasarkan produk jualan beliau secara atas talian. Akibat kekurangan ilmu internet beliau mencari alternative dengan datang ke pusat internet untuk belajar komputer.
.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM100 sahaja sebulan. Jumlah produk/ dan tempahan pelanggan bulanan adalah bergantung kepada permintaan sekitar kawasan kediaman beliau dan rakan-rakan dari kawasan lain
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau telah mengikuti beberapa sesi taklimat keusahawan oleh Pusat Internet Kg Batu Putih dan kini beliau mula menjual produknya secara online menggunakan facebook dan whatsapp & Instagram. Pendapatan beliau kini boleh mencecah RM150 – RM250 sehari, kerana ini beliau aktif memasarkan produk jualan beliau melalui atas talian.