KISAH KEJAYAAN USAHAWAN KECIL KRAFTANGAN – GUBAHAN BUNGA SABUN DAN PLASTIK
| Nama | : DARMA BINTI KIPLE |
| Umur | : 33 tahun |
| Ahli | : 2012 |
Latar belakang
Puan Darmawati merupakan suri rumah sepenuh masa.Selepas berkahwin beliau tidak lagi berkerja. Beliau hanya menjual produk makanan basah sebagai pendapatan sampingan ketika menunggu anaknya yang sedang bersekolah. Beliau kemudian mengikuti beberapa kursus di kemas dan salah satu diantaranya kursus kraftangan pembuatan bunga dari sabun mandi dan juga bahan plastic terbuang
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 –RM250 sahaja sebulan. Jumlah pendapatan beliau hanya bergantung kepada permintaan guru-guru di sekolah anaknya dan juga komuniti setempat yang membuat tempahan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menyertai pelbagai kelas dan program keusahawanan yang di jalankan di PI kg batu putih kini pendapatan beliau dalam boleh mencapai RM300 – RM400 Sebulan. Beliau aktif menyertai aktiviti yang dijalankan di pusat internet kg batu putih bagi menambahkan lagi ilmu ict dan keusahawanan belau. Dengan mengikuti kelas yang diadakan di Pi kg batu putih kini beliau sudah mahir dalam memasarkan produk beliau melalui internet iaitu melalui Facebook, applikasi Whatsapp dan yang terbaharu melalui dashboard komuniti. Kini beliau bukan sahaja menjual dikawasan sekitar kediaman dan sekolah tetapi turut menjalankan jualan secara atas talian melalui, whatapps, facebook dan dashboard komuniti iaitu Myshop








