KISAH KEJAYAAN USAHAWAN KECIL – MENJUAL PRODUK MAKANAN & KECANTIKAN
Nama | : Rafizah binti Rabu |
Umur | : 36 tahun |
Ahli | : 2011 |
Latar belakang
Puan Rafizah merupakan seorang surirumah dan mempunyai 3 orang anak. Beliau menjalankan perniagaan secara atas talian dengan menjual produk makanan dan kecantikan. Memandangkan beliau kurang mahir dalam penggunaan computer beliau agak terbatas dalam menjalankan perniagaan secara atas talian kerana beliau tidka berapa mahir guna computer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM150 – RM450 sahaja sebulan. Jumlah produk/ dan tempahan pelanggan bulanan adalah bergantung kepada permintaan sekitar kawasan kediaman beliau dan rakan-rakan dari kawasan lain
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau telah mengikuti beberapa sesi taklimat keusahawan oleh Pusat Internet komuniti Kg Batu Putih. Beliau nekad untuk mengikuti kelas computer dan latihan keusahawanan yang dia adakan oleh pihak pusat internet. Beliau banyak belajar mengenai computer dan keusahawanan. Kini beliau mahir dalam penggunaan computer dan lebih senang memasarkan produk jualan secara atas talian.