Kisah Kejayaan Usahawan
Latar belakang
Pn Kasnon merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Belia aktif menjalankan aktiviti dengan belia kampung batu putih dan seorang usahawan kampung yang menjalankan aktiviti penjualan barangan secara online.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM250 sahaja sebulan. Jumlah produk/ dan tempahan pelanggan bulanan adalah bergantung kepada permintaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau telah mengikuti beberapa sesi taklimat keusahawan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg Batu Putih dan kini beliau mula menjual produknya secara online menggunakan facebook dan whatsapp & Instagram. Terbaharu beliau kini memasarkan produk beliau di pi1m kg batu putih dan mendapat sambutan dari penduduk setempat.Selain itu beliau kini tidak lagi mendapatkan barangan dari pihak lain kini beliau sudah pandai mendapatkan stok barangan jualan beliau secara online dan belian pukal @ borong secara terus dari pengilang.
Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
– Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Applikasi Dashbaord
– Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
– Mempelajari cara mengambil order melalui Aplikasi Dashboard ( My Shop) dan whatapps
Gambar
