mcmc
Keusahawanan

KuiKui Homestay

Puan Yume binti Mardane merupakan pemilik kepada perniagaan KuiKui Homestay yang terletak di Kg Paris 1, daerah Kinabatangan. Perniagaan homestay beliau terbahagi kepada dua, iaitu Miso Walai Kopel Homestay melalui Koperasi Pelancongan (KOPEL) Kinabatangan yang bermula pada 2010 dan juga KuiKui Homestay iaitu persendirian yang bermula pada 2011. Harga bagi Miso Walai Homestay telah ditentukan oleh pihak koperasi (KOPEL) dan Kuikui Homestay pulak RM150/malam. Miso Walai Homestay boleh menempat 5 orang dalam sebuah rumah pada satu masa, manakala KuiKui Homestay pula boleh menempatkan bilangan kecil keluarga sekitar 2 hingga 3 orang. Kemudahan yang disediakan seperti kelengkapan tempat memasak,kelengkapan bilik tidur, juga bilik mandi dan lain-lain lagi. Lokasi Homestay ini terletak di Kg Paris 1 daerah Kinabatangan, jalan antara Sandakan & Lahad Datu. Prasarana berhampiran homestay adalah seperti kedai runcit, kedai barangan keperluan lain, klinik dan juga pasar sayur yang cuma mengambil masa 5 hingga 10 minit berjalan kaki.

Facebook : https://www.facebook.com/yumemardane/

email : mezal8184a@gmail.com

Tel : 01136385930