ADVOKASI TAKLIMAT KDB, MEWARNA & KUIZ KATEGORI PELAJAR SEKOLAH
Tarikh : 22 Julai 2017
Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Kg Batu Putih
- Memberikan taklimat Klik Dengan Bijak. Para peserta didedahkan mengenai Klik Dengan Bijak dengan tujuan agar para peserta mempunyai kesedaran dan juga mengetahui mengenai Waspada, Tanggungjawab dan Keselamatan ketika melayari internet bagi menghindari pengguna daripada penipuan internet yang semakin berleluasa. Taklimat diberikan kepada peserta bersesuaian dengan peringkat umur peserta agar mudah memahami apa yang disampaikan.
- Selepas taklimat KDB diberikan, para peserta diuji dengan Kuiz teka silang kata bagi tujuan melihat sejauh mana kefahaman peserta terhadap penerangan yang diberikan mengenai KDB.
- Para peserta mengikuti pertandingan mewarna bagi memeriahkan lagi program pada hari tersebut.
Gambar sekitar aktiviti berlangsung