I-Health ( Dashboard Komuniti)
Tarikh : 23 July 2017
Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Kg Batu Putih
- Memberikan taklimat dan mengajar kepada peserta mengenai Dashboard Komuniti/aplikasi Dashboard Komuniti. Ianya bertujuan memberikan peserta pengetahuan dan cara menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti, para peserta juga didedahkan mengenai kelebihan, kebaikan serta manfaat terutamanya usahawan setempat mengenai aplikasi Dashboard Komuniti.
Peserta diperkenalkan dengan I-Health salah satu aplikasi yang terdapat dalam Dashboard Komuniti. Peserta diterangkan mengenai pentingnya menjaga kesihatan dan juga pemantauan kesihatan seperti pemeriksaan darah dan juga keseimbangan berat badan untuk mencegah dari awal penyakit diabetes. Peserta diperkenalkan dengan perlatan I-Health yang terdapat di Pusat Internet Malaysia Kg Batu Putih iaitu alat pemeriksaan tekanan darah dan juga alat penimbang berat badan dan ianya dilakukan secara percuma kepada peserta yang hadir pada hari tersebut.
Gambar sekitar aktiviti berlangsung