mcmc
Maklumat Pi1M

Pusat Sebaran Maklumat Nasional ( NADI )Kg Batu Putih

1

 

.

SELAMAT DATANG KE NADI KG BATU PUTIH

 

1 

 

 

NADI mengucapkan Selamat Datang kepada anda yang sudi melawat portal kami. Dengan adanya portal ini, diharap agar komuniti setempat dapat didedahkan dengan segala maklumat dalam merentas era Teknologi Maklumat masa kini.

NADI merupakan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada perkhidmatan dan merapatkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan luar bandar.

 

Objektif penubuhan NADI  adalah seperti berikut:

 

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti setempat
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet
  • Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet
  • Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan

 

Perkhidamatan yang disediakan di NADI adalah seperti capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan WI-FI, Kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer, peminjaman netbook, pencetak, program latihan ICT, pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan penolong pengurus.

NADI  Kg Batu Putih merupakan salah satu diantara 7 buah NADIyang terdapat di daerah Kinabatangan dan ianya terletak di Kampung Batu Putih iaitu diantara laluan Sandakan dan Lahad Datu. Pusat Internet Kg Batu Putih dibuka pada setiap hari bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang dan hanya akan ditutup pada cuti umum.

 

 perkhidmatan

waktu operasi

 

 

Petugas NADI Kg Batu Putih

 

 

PENGURUS       HASMIN BINTI HAKIM
PENOLONG PENGURUS  FARAH AMIRAH BINTI ADNAN 

 

 

LAMAN WEB : http://kgbatuputih.pjk.my/

FACEBOOK : https://www.facebook.com/PI1MKgBatuPutih

 

ALAMAT :

 

Pusat Internet Kg Batu Putih

W.D.T 98

Poskod 90200

Kota Kinabatangan

Sandakan, Sabah