mcmc
Makanan

Menu Lazat Tempatan – Durian Merah

4

4

DURIAN MERAH/MARANG

 

      Durian merah merupakan salah satu diantara buah yang paling termahal di Sabah sekiranya tiba musim durian merah atau pun nama lain dalam bahasa Sungai Marang. Durian merah juga terdiri dari pelbagai jenis seperti durian merah dalit atau marang ini mudah di dapati di sekitar daerah kinabatangan apabila tiba musimnya. Durian merah ini unik dari segi rasanya, ia tawar dan tidak manis seperti durian lain yang biasa terdapat pada musim durian. Disebabkan rasa durian merah ini tawar dan tidak mempunyai bau seperti durian lain, ianya tidak begitu terkenal ditempat lain selain Sabah/borneo.

      Tidak semua tahu keistimewaan isi durian merah. Ianya berlemak dan mempunyai aroma yang tersendiri apabila dimakan terutamanya dimakan bersama nasi panas. Bagi suku kaum Sungai, durian merah merupakan makanan nombor 1 apabila tiba musimnya, mereka akan membeli tidak kira berapa harga sekalipun yang diberikan. Isi durian merah yang telah disiang kemudian di tumis mahupun dibuat tempoyak boleh mencecah hingga RM100 bagi sekilo.

    Durian merah dimasak atau dibuat tempoyak juga berbeza mengikut suku kaum yang terdapat di Sabah. Kinabatangan merupakan daerah yang mengeluarkan hasil durian merah paling tinggi di Sabah. Musim durian adalah musim untuk menambah pendapatan bagi pengusaha durian.

 

imagesdurianDurian merah yang telah dimasak dan sedia untuk disajikan