mcmc
Makanan

Menu Lazat Tempatan

13283818191154712895

13283818191154712895

KAPURUNG

 

    Kapurung merupakan salah satu makanan tempatan yang tidak asing lagi di daerah kinabatangan. Ianya merupakan salah satu makanan popular bagi suku kaum bugis. Penyediaan kapurung juga berbeza dari segi cara dan cita rasa mengikut suku kaum yang membuatnya. Kapurung pada asalnya adalah makanan utama ataupun kegemaran suku kaum Luwu yang berasal dari Palopo Indonesia. Tidak hairanlah sekiranya makanan ini merupakan menu yang sangat popular di kalangan suku kaum bugis Kinabatangan yang juga pada asalnya nenek moyang mereka berasal dari tanah seberang Indonesia. Pada hari ini makanan kapurung ini bukan sahaja menjadi menu kegemaran suku kaum bugis sahaja, malah suku kaum sungai juga yang merupakan suku kaum tempatan bagi daerah Kinabatangan turut menjadikan kapurung ini menu kegemaran mereka.

   Makanan kapurung ini berupa seperti bubur campur, ianya berkuah dan mempunyai isi ikan/ayam,kacang goreng, sayur seperti bayam, kangkung dan sebagainya yang membezakan dengan bubur adalah beras diganti dengan olahan sagu ataupun tepung kanji yang dibentuk bulat-bulat dan di campur sekali dalam satu mangkuk beserta bumbu yang lain.

 

berikut merupakan gambar makanan kapurung yang telah siap dan untuk disajikan

kapurung-khas-palopo  kapurung

*Cara penyediaan kapurung berbeza mengikut suku kaum dan daerah di Sabah.