mcmc
Persatuan Belia

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA

HSN Banner-8x2

 

 HSN Banner-8x2

 

 

              Sambutan Hari Sukan Negara adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan negara Malaysia sebagai salah sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan satu agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah wawasan 2020.

              Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktid memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapa membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.

 

Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kinabatangan

Seperti daerah-daerah lain, Kinabatangan turut tidak terlepas menyambut Hari Sukan Negara yang mana di sambut secara serentak seluruh Malaysia pada 10/10/2015. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang Hari Sukan Negara tersebut berlangsung. Malah PI1M Zon Kinabatangan turut mengambil bahagian dalam aktiviti pada hari sukan tersebut.

Antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang hari sukan tersebut adalah:

  • Larian Sihat
  • Senamrobik & Zumba
  • Sukaneka Rakyat
  • Tarik Tali
  • Pertandingan Dart
  • Limabao

 

Antara aktiviti-aktivit yang dijalankan sepanjang program :