mcmc
Sejarah

SEJARAH

         SEJARAH KAMPUNG BATU PUTIH

 

           Kampung Batu Putih adalah kampung yang tertua di Mukim Batu Puteh dan telah mula diterokai pada tahun 1956 yang diasaskan oleh Tuan Imam Yusof bin Mariwa bersama saudara-saudaranya yang terdekat. Menurut cerita, nama Kampung Batu Putih telah di perolehi daripada sebongkah batu berwarna putih yang terletak betul-betul berhampiran tebing Sungai Kinabatangan iaitu lokasinya dalam jarak 600 meter dari pusat kampung. Maka lahirlah nama Kampung Batu Puteh sempena bongkah batu tersebut.

            Mercu tanda lain yang boleh dilihat disekitar kawasan kampung ialah Agop Tulug/ Batu Tulug dan Batu Supu yang sekarang ini terkenal sebagai Muzium Sejarah dan tempat sarang burung berwarna putih dan hitam. Kesemua bongkah batu ini masih boleh dilihat sehingga ke hari ini

Dipercayai penduduk awal kampung Batu Puteh ini terdiri daripada suku kaum Sungai seperti Suku Makiang, Sukang, Milian dan lain-lain lagi. Majoriti penduduk yang menetap di kampung ini ialah suku kaum Sungei hamper 90%, lain-lain ialah Suluk, Bugis dan sebagainya. Penduduk kampung Batu Puteh ini bekerja sebagai petani dan juga nelayan.

 

Bongkah Batu Putih

 

 

 

KAMPUNG BATU PUTIH

Gambar diatas adalah merupakan penempatan Kampung Batu Putih Kinabatangan