WANITA HARI INI – KAMPUNG BATU PUTIH
Kebanyakan wanita di Kg Batu Putih adalah suri rumah sepenuh masa. Hanya terdapat sebilangan kecil sahaja yang mempunyai pendapatan sendiri. Antaranya ialah, kakitangan kerajaan, swasta, peniaga runcit dan dalam talian, menjahit dan juga menghasilkan kraftangan. Golongan wanita di Kg Batu Putih juga aktif dalam aktiviti seperti sukan bola sepak dan juga bola tampar. Bagi golongan suri rumah dan warga emas pula mereka lebih suka melakukan aktiviti riadah yang berfaedah beramai-ramai seperti melakukan kraftangan dan juga menanam bunga.
Ativiti menanam bunga